Article,

Penganggaran impak perlaksanaan CBP ke atas kos pengeluaran dan kos sara hidup di Malaysia

.
Jurnal Ekonomi Malaysia, 50 (2): 15 To 29 (December 2016)

Abstract

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) seringkali dikaitkan sebagai punca utama kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Objektif utama kajian ini ialah menganggar sejauhmana pelaksanaan CBP memberi impak kepada kos pengeluaran yang seterusnya memberi implikasi kepada kos sara hidup isirumah. Untuk mencapai objektif tersebut, model harga input-output telah dibangunkan dengan pengubahsuaian bagi mengambil kira tiga kadar cukai yang berbeza iaitu pembekalan berkadar standard, pembekalan berkadar sifar dan pembekalan dikecualikan. Dapatan kajian mendapati bahawa pelaksanaan CBP cenderung memberi faedah kepada ekonomi. CBP berpotensi untuk menurunkan harga barangan dan perkhidmatan sebanyak 7.4% berbanding hanya 2.0% peningkatan harga yang dijangka. Kesan penurunan tingkat harga sebanyak 5.4% ini bukan sahaja meningkatkan kuasa beli perbelanjaan isirumah malah berpotensi untuk merapatkan jurang penggunaan di antara kumpulan etnik dan kelas pendapatan. Walaubagaimanapun, faedah sebenar kepada ekonomi bergantung kepada kadar pematuhan industri kepada sistem percukaian CBP.

Tags

Users

  • @mukaramahharun

Comments and Reviews